Saturday 12 October 2013

Tips Mengumpul Stok Susu Dalam Pantang

#1
Anda haruslah berazam mahu menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya semenjak mengandung lagi.

#2
Banyakkan membaca tentang info penyusuan, cara menyimpan susu, jenis pam yang bersesuaian dengan bajet anda, dan juga beberapa keperluan lain seperti cooler bag, storage dan lain-lain.

#3
Mulakan penyimpanan stok susu beberapa hari selepas kelahiran. Lagi cepat lagi bagus, atau sekurang-kurangnya 2 minggu selepas kelahiran. Sebaiknya bila bayi anda tidur, anda pam payudara untuk menggalakkan lebih banyak penghasilan susu berlaku.

#4
Jika bayi anda memang suka 'melekat' (DF) pada kebanyakan masa, anda boleh amalkan 'Tandem Nursing'. Tandem Nursing ialah keadaan di mana, bayi anda menyusu pada sebelah payudara dan sebelah lagi anda pam. Bila stimulasi kedua dua payudara serentak,anda akan dapati hasil perahan lebih banyak serta lebih cepat dari biasa.

#5
Jauhi susu formula, air masak, dan makanan tambahan pada 6 bulan pertama kelahiran, kerana ia boleh mengganggu proses penghasilan susu badan dan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan.

#6
Beri kedua dua belah payudara setiap kali sesi penyusuan. Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, jangan lupa pam yang sebelah lagi.

#7
Biar bayi habiskan sesi penyusuan pada sebelah payudara. Antara tanda bayi anda telah puas menyusu ialah bayi akan lepaskan puting atau menghisap secara perlahan atau tertidur. Menyekat sesi penyusuan bayi di tengah-tengah penyusuan ibarat menyuruh bayi skip "desert"nya atau dalam erti kata lain, bayi tidak dapat susu akhir/hindmilk yang tinggi lemak (untuk mengenyangkannya).

#8
Akhir sekali, pastikan ibu minum 3L atau lebih air sehari serta mengambil makanan seimbang dan berkhasiat yang boleh menambahkan penghasilan susu.

#9
Jika sememangnya anda tidak dapat mengamalkan pemakanan yang seimbang, anda boleh pertimbangkan pengambilan supplemen penyusuan. Dengan berkat doa dan usaha gigih anda, ia pasti boleh menjayakan penyusuan anda.

SET BERPANTANG SHAKLEE: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=194467134059345&set=pb.193781487461243.-2207520000.1381589197.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-ash3%2F561947_194467134059345_835166504_n.jpg&size=400%2C300

SET MENYUSU SHAKLEE: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=194611924044866&set=pb.193781487461243.-2207520000.1381589197.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-ash3%2F1173681_194611924044866_1557362367_n.jpg&size=720%2C540

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Lona
Tel/Sms/Whatsapp: 0133223409
Email: erllona83@gmail.com

Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/Ohmyvita

No comments:

Post a Comment