Thursday 5 December 2013

Set Kesuburan Shaklee

Pada pasangan yang dah berkahwin siapa lah yang tak nak anak kan. Anak tu adalah satu anugerah yang tak terhingga...namun ada juga pasangan yang diuji lambat atau tidak dikurniakan cahayamata....ada yang memang tak ada masalah kesuburan langsung...tapi tuhan uji dengan tiada zuriat...ada juga yang memang ada masalah kesuburan...itu semua kuasa tuhan.....secanggih mana pun teknologi IUI, IVF, supplement yang ada.....tiada apa yang dapat menandingi kuasa Allah......Tapi sebagai manusia, tak salah untuk kita berussaha kan......usaha+doa+tawakal = insya allah membuahkan hasil....:)

 Bagi yang masih mencuba dan mencuba, apa kata cuba Set Kesuburan Shaklee yang dapat membantu masalah yang dihadapi....set kesuburan shaklee merangkumi beberapa produk yang dapat membantu meningkatkan kesuburan suami isteri.
Set Kesuburan Shaklee menandungi:
1)ESP
ESP bertindak untuk memastikan sel ovum sihat dan memudahkan persenyawaan. ESP juga merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat dan sempurna.

2)Zinc Complex
Zinc berperanan dalam proses pembentukan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian serta memberikan tenaga untuk sperma supaya leih aktif untuk menuju ke ovum. Zinc juga membantu proses pembentukan genetik iaitu DNA. Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zinc pada lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma abnormal dan penyakit prostat. Bagi wanita, zinc digunakan bagi melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

3)GLA Complex
GLA ni akan membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti iaitu mukus serviks putih telur. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat dan akan membantu sperma berenang terus ke uterus, tiub fallopian dan ke telur (Ovum). Cecair ini juga membantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari di dalam tiub fallopian yang akan membantu proses persenyawaan walaupun pasangan tidak melakukan hubungan seksual semasa isteri sedang subur. Kalau anda perasan masa masa subur tu ada cecair yang akan keluar dari kemaluan selain suhu badan akan naik dalam satu darjah celcius dan itu menandakan waktu subur kita. Ada juga wanita yang kekurangan cecair ni. Apa2pun sebagai manusia ini adalah salah satu usaha kita kan. Insya Allah

4)Alfalfa Complex
Membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau sengugut ketika haid. Selain itu Alfalfa membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip Fatimah). Ada juga sumber mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

5)Vitamin E & Selenium
Lebih dikenali sebagai 'vitamin seks'. Vitamin E bertindak untuk menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain. Ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan reproduksi lelaki & wanita.  Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, supplement Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6)Vita-Lea
-Mengandungi 28 multivitamin dan multimineral yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ianya memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita dengan nutriesn yang tidak dibekalkan dalam diet harian kita. Bila badan kita dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

7)B-Complex
B-Complex sangat penting bagi bakal ibu yang merancang untuk hamil kerana mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bagi mengalami spina bifida. B-Complex lengkap dengan kandungan vitamin B6(13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan B-Complex amat disarankan  bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.

8)COQ10Health Plus
Coq10 boleh mengurangkan tekanan oksodatif yang mana telah terbukti untuk menghasilkan persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan bilangan sperma, pergerakan sperma dan kualiti sperma. Coq10 juga membantu untuk meningkatkan kualiti ovum pada isteri. Ini maknanya, kedua2 suami isteri boleh amalkan Coq10. Coq10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebih laju menuju ke telur ovum.

Berikut adalah vitamin yang dicadangkan untuk isteri
  • GLA
  • Alfalfa
  • ESP
  • B-Complex

Berikut adalah vitamin yang dicadangkan untuk suami
  • Vitamin E
  • Zinc
  • ESP
  • Vita-lea
  • COQ10Health Plus
*Set cadangan ini bergantung pada kesesuaian bajet customer


Berminat dan untuk sebarang pertanyaan/info: 

Hubungi Lona
Tel/Sms/Whatsapp: 0133223409
Email: erllona83@gmail.com
Visit and like us on FB: https://www.facebook.com/Ohmyvita

No comments:

Post a Comment